Jun 10, 2013

Mati, Pudar, Layu, Sayu, Hilang, Beku

Ya Allah
Tolong aku
Perkuatkan rasa ini
Rasa cinta yang aku jaga sejak yang aku yakin wujud lelaki di dunia ini yang cinta dia cuma untuk aku
Sejak aku jumpa lelaki ini yang cuma pandang aku yang hodoh ini sebagai yang paling sempurna di mata dia

Ya Allah
Bantu aku
Perkukuhkan kasih ini
Kasih yang ditanam dalam hati sejak saban tahun yang lalu
Mohon Engkau perkukuh dan terus perkukuh

Jangan beri pupus
Jangan beri hilang

Terus bantu aku suntik rasa ini supaya hari-hari aku sentiasa ingat
Bahawa dia adalah lelaki yang tidak pernah muak dengan perangai brengsek aku
Bahawa dia adalah lelaki yang tidak pernah mual melihat rupa aku mencebik bila hilang mood

Aku tidak mahu rasa ini mati, pudar, layu, sayu, hilang, beku
Aku takut, aku takut...


Jun 2013
Setiawangsa

0 komentar:

Post a Comment