Oct 1, 2013

Hati Di Seperdua Mati

Dan ditanya aku pada hati,
'Mahuku lagi apa padanya?'
Kasih?
Wang?
Bahagia?

Entah kerana apa,
Hati serba tak kena
Entah kerana apa,
Hati serba tak senang
Di penghujung setiap malam, pasti hati merajuk
Entah pada siapa.

Ingin dibebelkan rindu kepada yang mahu
Ingin dilemparkan keluh si buluh perindu
Ingin sebegitu rasanya aku pejam kuat mata ini
Dan sedari pabila terjaga itu
Hanya ada cincin melamar hidupku.

Ah!
Karut!
Diam!
Aku perlu diam
Dan perlu ruang.


Oktober 2011
Jalan Gurney Kiri

0 komentar:

Post a Comment