Oct 1, 2013

Titip Doa

Ditadah rapat dua telapak
Usai setiap kali menghadap Yang Satu
Aku lokasikan diri serendah mampu
Lalu tersusun huruf-huruf dan aksara cukup syahdu
Menuju ke satu alamat
Iaitu Illahi

Pinta aku
Moga setiap yang aku beri hati
Dikabulkan untuk dilindungi
Diberi digit umurnya infiniti
Agar nama-nama yang aku kepilkan di baris doa
Dapat aku lihat manis mukanya
Sehingga aku sendiri pejam

Ya Allah
Ambil tabah aku ini
Dan beri pada mereka-mereka


Julai 2012
Setiawangsa

0 komentar:

Post a Comment