Apr 26, 2016

Semua Tentang Kau

Kau bukan sesuatu nama
Atau sebuah cebisan lukisan
Atau sekeping nota cinta
Dan kau bukan Venus di cakerawala

Kau adalah baju yang kau pakai
Kau adalah lagu yang terperangkap dalam kepala kau
Dan kau adalah fikiran kau
Dan kau adalah makanan yang kau makan
Di pagi Sabtu kau...

Kau sebenarnya adalah berjuta perkara
Tetapi orang-orang memilih
Untuk melihat berjuta perkara
Yang tidak ada pada kau

Kau bukan dari mana kau datang
Kau adalah ke mana yang kau ingin pergi
Dan aku juga mahu
Ke tempat yang kau ingin pergi.


Disember 2015
Bilik konversasi solo

0 komentar:

Post a Comment