Begitu mudah untuk memadamkan sayang
Hanya dengan kesalahfahaman
Dan kesalahpenilaian tentang apa yang cuba diinterpretasi
Yang tidak mahu pun diberi peluang
Untuk memberi penjelasan dan hujah-hujah
Jika aku diberi peluang,
Izinkan aku persoalkan :
"Demikian segala yang jengkel yang aku lakukan,
Serta segala leceh, remeh, renyah, payah
Dan segala hal yang kononnya mahukan kesempurnaan
Yang bagi kalian yang karut-karut ini,
Aku buat, untuk siapa?"
Jika kalian adalah manusia-manusia yang benar-benar kenal aku
Kalian tak akan membuang aku begini
Kalian malahan pasti tahu apa tujuan aku
Dan bagaimana perlu kalian responkan
Terhadap setiap yang aku lakukan
Betapa mudah untuk hubungan adik dan kakak dipadamkan
Dengan enggan menoleh muka
Apa lagi ketika itu,
Jelas aku lihat
Adik memaling muka sebaik aku memandang
Jika aku diberi peluang,
Izinkan aku persoalkan :
"Apakah terlalu keji dan cukup jijik
Dan benar-benar salah segala perbuatan aku
Sehingga seorang adik
Tidak mahu memaling mukanya
Ke kakaknya?"
Seolah cukup benci benar dia
Seolah aku ini,
Tidak pernah menjadi orang paling penting buat dia
Jika aku diberi peluang,
Izinkan aku persoalkan :
"Apakah semudah itu seorang adik
Memadamkan sayangnya buat seorang kakak?"
Sedang kakaknya sentiasa cuba memberi yang terbaik untuknya
Sedang kakaknya sering menutup kekurangannya
Dan menerimanya dengan kasih dan masa yang tak pernah cuba dihutangkan...
Demi Allah,
Aku bina titian ini atas sebuah nama cinta, sayang, kasih, dan ikhlas
Kalau ada pun di suatu masa aku menulis sesuatu,
Aku mohon untuk adik bacakannya atas dasar pesanan seorang kakak
Untuk kebaikan adiknya kelak
Atau atas dasar seorang kakak mahukan perhatian adiknya
Tetapi ternyata dikebanyakan masa
Hal seperti ini yang bakal terjadi
Demi Allah,
Aku tidak pernah menyangka
Aku bakal hilang
Teman baikku
Yang juga
Adikku.
14 September 2016
Johor Bahru
Showing posts with label Prosa. Show all posts
Showing posts with label Prosa. Show all posts
Sep 14, 2016
May 20, 2016
Hanya Sekeping Roh Yang Merindui
Aku teguk air. Perlahan-lahan. Tersekat.
Mata aku digenangi.
Teringat akan adik yang sedang lagi letih dan lena tidur.
Dikejut bangun untuk menjamah lauk yang aku panaskan, dia enggan.
Letih sungguh dia di usai kelas. Dan aku mengerti.
Tetapi dikarnakan apa, aku ngerasa benar-benar sayu.
Seolah lauk ini adalah yang terakhir aku sajikan buat adik.
Dan aku terfikir... apabila nanti ketika aku sudah tiada,
Apakah mereka-mereka di dunia akan merindukan kewujudan aku?
Atau, aku yang telah dipisahkan daripada dunia mereka - yang bakal
menanggung sakit pedih akibat merindui mereka?
Mahu disentuh digenggam tangan mereka, tidak terdaya.
Karna di waktu itu, aku cuma sekeping roh yang menerawang
memerhati orang-orang di dunia yang aku rindukan.
Sedangkan di waktu itu, aku di pisahkan daripada dunia mereka.
Buat bunda, ayah, abang, serta adik-adik,
Terus-teruskan merindui aku.
Disember 2013
Rumah aku

Labels:
Prosa
Apr 26, 2016
Jahat
23 April 2016, jam lima lewat lima menit sore.
Pertemuan dua hati. Bertentang mata dengan mata yang sama pada tahun 2005, 2007, dan 2015 kelmarin. Di kedai kopi di kota Kuala Lumpur. Konfrantasi dan konfesi. Menjadi saksi yang sakit, terus sakit, tetapi dipura-purakan.
Yang meninggalkan, tetap perlu meninggalkan.
Yang ditinggalkan pula, terus-terus dibiar bahagia.
Persoalannya – Apa ini adil buat kita-kita?
Jawabannya gak pernah membahagiakan.
Yang penting – Ironi.
Dan, jahat.
April 2016
Kedai kopi di kota Kuala Lumpur
Labels:
Prosa
Jun 10, 2015
Makcik-Makcik Kantor
Duduk diam
Di satu sudut
Dan memerhati
Sini
Kakak-kakak kantor yang sangat sopan pakainya
Kakak-kakak kantor yang daring sedikit pakainya
Ada yang elok manis berbaju kurung
Ada yang berani selamba bermini skirt atas pada lutut
Tidak kena gaya
Sini
Makcik-makcik kantor yang lembut raut wajah keibuannya
Makcik-makcik kantor yang lempar muka separa angkuh
Ada yang murah senyumnya menggula
Ada yang udah lanjut tapi masih bergaya anak muda
Tidak kena gaya
Pelik ya?
Sebegitu pengaruh sekeliling mampu beri impak pada semuanya
Yang kalau dulu di kantor A,
Makcik ini sopan santun baju longgar-longgar labuh
Cakap pun elok berbahasa
Tapi bila dipindah ke kantor B yang serba gah,
Makcik ini bergaya kalah anak muda
Baju sempit-sempit, nipis
Kasut tumit tinggi tidak mahu kalah
Bersolek lebih dari kita-kita
Berjalan dabik mendada
Cakap pun tidak sudi pandang muka
Walhal dahulu itu semua bukan dia
Manusia berubah
Benar
Dan aku juga
Tapi,
Asal sesuai masa, tempat, umur, dan selayaknya
Tidak apa-apa
November 2013
Lobby Kantor B

Ingatan, Jangan Pupus
Tentang hal yang aku tulis pada ruang nota digital ini
Aku semakin tak mampu terus menaip
Takut diketahui ramai
Atas alasan aku ini bukan orang yang tahu kongsi rasa
Jadi aku pendam
Diam dan diam
Tapi aku takut semakin ranap
Adapun aku cuba berpura
Tetap gagal
Julai 2012
Atas laluan berjahit di muka bumi

"Dulu dia hanya ada dalam puisi..."
“Syu, Fi nak kahwin.”
Aku yang di dalam bas Rapid T309, lagi kepenatan sedang pulang usai kelas tamat lewat senja ketika itu, serta-merta tersengih lebar setelah menerima mesej ringkas daripada seorang sahabat baik. Ya Allah...! Aku terlalu gembira. Dalam hati, tidak putus-putus aku ucapkan, “Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa aku.” Gembira tak terkata bila sahabat baik sendiri bakal memperisterikan wanita yang dahulunya dia cuma perhati lewat hati yang jauh dan sapa lewat doa-doa juga hanya menerusi bait-bait puisi.
“Syu, minggu depan Syu. Dulu dia hanya ada dalam puisi...”
Hari ini, air mata bergenang bila menghampiri pasangan pengantin ini. Demi Allah, aku betul-betul sebak, terharu & gembira kerana Allah telah memperkenankan doa aku supaya mereka diperjodoh. Kuasa Allah. Aku terlalu gembira untuk mereka.
April 2015
Seremban
Labels:
Prosa
Oct 1, 2013
Layakkah?
Aku capai Puisi Tepi Jalan. Aku tarik sedikit perca penanda buku yang diperbuat daripada anyaman kering mengkuang, yang aku beli barusan di Central Market. Aku selak halaman yang ditanda. Halaman sembilan. Aku baca. Diam-diam dalam hati. Usai habis di halaman sepuluh, aku selak kembali halaman sembilan. Tarik nafas cukup-cukup. Hembus. Aku ulang baca semula baris-baris puisi 'tak terubahkan' oleh Fynn Jamal.
Tutup buku. Mata aku tertoleh semula ke arah skrin monitor yang menyakitkan mata ini. Benak. Seharian aku menghadap kerja ofis yang rabak ini. Aku sambung menaip, padam, menaip. Perbetulkan marjin sedikit. Kecilkan saiz gambarajah sedikit. Enter enter enter. Padam. Ctrl + Enter. Save.
'Ah, penat!'
Aku hempas badan ke kerusi sekuatnya. Bersandar tersadai penat. Dengan gaya duduk yang sangat malas, aku buka buku conteng puisi aku. Aku namakan buku ini, Baca Aku. Aku baca. Aku fikir. Aku baca lagi. Aku pun tak tahu kenapa aku ulang-ulang baca puisi yang aku tulis sendiri. Yang entah layak atau tidak digelar puisi. Yang entah aku tulis untuk siapa baca pun, aku tak tahulah.
Selak punya selak, sekeping kad nama berwarna hitam terselit di situ. Rabak-Lit. Aku buka browser. Aku google. Jemari aku ligat menaip-naip papan kekunci. Laman sesawang ProjekRabak.com terpampang di skrin monitor aku. Lama aku tenung halaman Contact/Hubungi ni. Dalam hati, 'Nak hantar emel ke tak kat depa ni?'
Toleh semula ke kanan. Aku tenung tajam-tajam timbunan buku-buku puisi yang aku kumpul. Aku capai semula Puisi Tepi Jalan. Aku belek. Letak semula. Capai pula Arsonist Jalan Labrooy. Aku selak. Padat dan tidak klise isi kandungannya. Tapi tulisan aku? 'Ah, layakkah aku minta hasil tulisan aku dibukukan oleh Rabak-Lit? Atau mana-mana rumah penerbitan buku yang lain? Layakkah?'
Berangan!
Oktober 2013
Jalan Gurney Kiri
Labels:
Prosa
Sep 17, 2013
Hati Menangis
Budak perempuan itu baring di atas rimbunan rumput hijau di satu sudut bumi. Berpaksikan kepul awan sunyi. Lalu dia tanya pada langit, 'Dan bagaimana kalau aku tidak mencari engkau, kerana aku ingin engkau yang mencari aku?' Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Budak perempuan itu bingkas bangun dan berlari mencari tempat untuk berteduh. 'Ah, basah baju aku!' Rengus dia sambil menepis-nepis bajunya yang dibasahi air hujan tadi. Kemudian mukanya berubah pelik. 'Eh, tak basah pun baju aku?!' Dia sentuh pipi, dan dia sedar cuma pipi kiri kanannya saja yang basah menitis-menitis tanpa henti.
Hati menangis.
Mei 2013
Setiawangsa
Labels:
Prosa
Jun 21, 2013
Bukit Ampang
"Bang, mihun goreng bungkus satu!"
Tunggu.
Tunggu.
'Demmit lambat...'
Persona ungu.
Mariyah.
Hempas badan ke kerusi.
Tutup pintu.
Jalan sesak.
Sekolah Agama Al-Amin.
Bengkel MARA.
Jalan sesak.
Myvi ungu memotong.
Pak cik india si penjual roti.
Beri laluan.
Dia senyum.
Kon-kon menutup jalan.
Polis trafik melambai-lambai.
Mariyah merungut.
Dato' Keramat.
Damai.
Gadis-gadis berbaju kurung di bus stop.
Mak cik tukang sapu daun kering.
Trafik lancar.
Kereta kelisa memintas.
Simpang empat.
Lampu trafik merah.
Berhenti.
Tunggu.
Tunggu lagi.
Mariyah tekan minyak.
Membelok.
7 Eleven.
Warung-warung di tepi jalan.
Sempit.
Berhenti.
Keluar kereta.
"Thanks, Mariyah..."
Bimbit beg tangan dan beg galas.
Pintu masuk.
Panjat tangga.
Tolak pintu.
Letak barang-barang.
Duduk.
'Kenapa aku masih fikir pasal malam tadi di Bukit Ampang?'
Jun 2013
Semarak

Jun 11, 2013
Mariyah, Bukan Nama Sebenar
Aku punya seorang kawan. Namanya Mariyah. Pita suaranya. Tidak pernah menemui butang pause. Atau juga stop. Yang dia tahu, cuma butang play dan rewind. Play dan rewind. Tidak pernah tidak yang dia lupa. Perulang bait tadinya. Bukan cuma sekali dua. Tapi yang sehingga aku muntah. Perulang apa jawab untuknya. Ujar omongnya, juga tiada tanda tanya. Flat--- Intonasi tidak disuaikenal sama menyoal, apa sedang memberi kata penyata.
Tapi,
Itulah si Mariyah.
Yang walaubagaimana semuak-muaknya aku melayan kerenahnya. Aku cukup yakin akan satu hal. Bahawa, teman aku si Mariyah. Baik hati orangnya. *senyum*
"Apapun, aku sayang kau, Mariyah. Jadi, Jangan risau." - aku
Januari 2013
Jelatek

Jun 6, 2013
Si Hamid
Daripada telefilem yang aku tonton barusan
Sedikit mengalih posisi aku keluar dari kotak kebiasaan
Sedikit memperluas pandang akan hal yang tidak terpandangkan
Sedikit memberi sedar
Akan perihal manusia di zaman aku-orang-masjid-aku-masuk-surga ini
Yang saban hari dalam fikir cuma menghakimi
Yang lewat hari cuma tahu memangkah tanpa diadili
Menongkah yang perlu
Tetapi mengiya yang diagung buta tuli
Kata mereka, niat tidak memperhalal perbuatan
Lalu bagaimana di situasi;
Seorang muslim yang kelaparan
Yang tiada apa-apa untuk dimakan
Yang ada cuma sepotong daging anjing di hadapan mata
Soalan satu :
Patutkah si pemuda muslim itu tadi memakan daging itu dikeranakan perutnya sungguh lapar?
Walhal dia tahu ianya cebis yang haram?
Soalan dua :
Atau kalau tidak dimakan, dia perlu meringkuk membiarkan saja dirinya mati kelaparan?
Jawapan daripada si tua wakil kelompok umat aku-orang-masjid-aku-masuk-surga itu tadi, dengan lantang suara penuh yakin menebar dalam dada :
'Dia makan saja daging haram itu kerana darurat!'
(Berserta riak wajah serius berkerut dahi sambil mengangkat tangan tanda akulah-yang-paling-tahu-hukum!)
Soalan tiga :
Lalu,
Bagaimana dengan situasi si Hamid?
*kelompok umat aku-orang-masjid-aku-masuk-surga itu tadi, tercelopok ternganga terdiam*
Oktober 2012

Subscribe to:
Posts (Atom)