Jun 11, 2013

Mariyah, Bukan Nama Sebenar

Aku punya seorang kawan. Namanya Mariyah. Pita suaranya. Tidak pernah menemui butang pause. Atau juga stop. Yang dia tahu, cuma butang play dan rewind. Play dan rewind. Tidak pernah tidak yang dia lupa. Perulang bait tadinya. Bukan cuma sekali dua. Tapi yang sehingga aku muntah. Perulang apa jawab untuknya. Ujar omongnya, juga tiada tanda tanya. Flat--- Intonasi tidak disuaikenal sama menyoal, apa sedang memberi kata penyata.

Tapi,
Itulah si Mariyah.

Yang walaubagaimana semuak-muaknya aku melayan kerenahnya. Aku cukup yakin akan satu hal. Bahawa, teman aku si Mariyah. Baik hati orangnya. *senyum*

"Apapun, aku sayang kau, Mariyah. Jadi, Jangan risau." - aku


Januari 2013
Jelatek

0 komentar:

Post a Comment